Pages

Monday, 6 January 2014

SENYUM AKA SMILE

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

 Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
sumber: ...copypaste.....

P/S: Senyum itu sedekah.... 

Wednesday, 1 January 2014

setelah setahun lebih menyepi....

Assalamualaikum....
Terlalu lama tidak menulis di blog... last update pun bulan ogos 2012...
Hari ni da 2 Januari 2014... setahun menghilang... huhu... Bila masuk tahun baru, semua sibuk berbicara tentang AZAM...
Bagi aku pula, Azam ku tidak pernah diketahui... huhu... Nak berazam pun x pandai... so for this year, aku berazam untuk mempunyai azam... Thats it.. tah pape tah....

 p/s: x tau nk tulis pe,, baru nak kmbali ke dunia blogging....


...my family .....
 

Friday, 17 August 2012

Salam Lebaran...

salam aidilfitri....
x sabar menghitung jam untuk beraya esok....
Mungkin ini raya paling bermakna pada mok, ayoh, abg airil, abg lin, k.yati, aishah dan aku sendiri....
Terima Kasih YA ALLAH....
Doa ibu bapaku termakbul... doaku juga termakbul...
YA ALLAH, teguhkanlah jiwa hamba-hambamu ini.... dan tunjukkanlah hambamu ini ke jalan yang benar...

Setelah bermacam ujian yang ditempuhi... ada hikmah disebalik setiap ujian yang tuhan bagi pada hamba-hambaNya...

Alhamdullilah.....
........ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...........

Wednesday, 1 August 2012

Pergunakan bulan ramadhan.... isk2...

Assalamualaikum....

fuh... fuh.... tiup habuk kat blog ni, da mcam2 bende da buat sarang... haha
lame da aku tak update blog ni... last update mase tu bru ade ank sedare sorang, ni da msuk 2 org...
yg k2 tu pon da nk msuk 4 bulan.... haha... Adam afiq... next time ak nk story sal die... hihi...

Hari ni da hari ke-13 ramadhan.... da terasa lambat jer nak cakap selamat berpuasa... tp x pe la, still lagi dalam bulan yang mulia ni....
Harapanku moga ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya....

Berbalik pada tajuk, pergunakan bulan ramadhan, biasa org gunakan bulan ni untuk beribadat... tapi ade jugak yang mengambil kesempatan berbuat jahat.

Berdasarkan pengalaman aku,
Sedang aku duduk2 tggu customer datang.. aku keja kat stokis produk auralife....
Tetiba jer muncul sorang akak bertudung dan berhelmet... cakap punyala lembut... dengar x dengar jer...
Dia cakap kat aku, nak pergi mlawat tok dia kat hospital, dan masa odw tetibe teringat dompet n phone tertinggal....
So aku ingat nk pinjam phone la... tapi dia panjangkan lagi ceritanya, katanya toknya dari semalam lagi suruh beli kuih kat bazar ramadhan.. kesian kat tok dia la x dpat lagi hari ni... so dia pon try la mintak duit ntuk dipinjam ngan aku... Aku nk percaya ke tak ni?.... tapi kesian... tapi x logik pon ada, x kan nk pinjam duit ngan org yg x knal langsung.... dia bersungguh-sungguh cakap nak byar esoknya... aku mintak la tinggal alamat n no.phone... dan last2 aku bagi jugak sbb kesian.....
Esoknya, aku tunggu la juga dia dtang... tp x datang2... aku call no phone dia dan aku terkejut... itu no phone org lain dan org tu ckp salah nombor.... so mmg sah aku kene tipu.... niat aku baik nk tolong dia tapi ..... hahaha....

So value of the story: Jangan percayakan orang dengan penampilan dia.. orang menipu ni pandai.... tp salahguna kepandaian mereka.....

p/s: x pe la... aku da ikhlaskan da... kalau dia mintak jer kan senang, ni nak menipu bagai.... ishhh.... Nauzubillah....

Sunday, 25 March 2012

Memancing buat kita happy.... why?

Salam.....
Memancing??? ayah aku sgt suka memancing.... Katanya untuk rehatkan fizikal dan mental....
ye ke? btol ke memancing ni leh buat kita happy?

Haaa... bagi aku itu betol... sbb aku selalu gak ikut ayah aku memncing kt tepi pntai....
tenang jer tengok pantai... wlaupun malam x nampak apa2 sgat, tp still boleh dengar bunyi ombak....
masih boleh nampak cahaya lampu dari kapal2 di tengah laut...

Ok... balik pada memancing....serius memang boleh buat kita gembira... bila umpan mengena... kita teruja nak balas... pusing2 mesin tu laju2... dan dengan muka suspen nak tau ikan apa yg naik...n x kisah la ikan apa pun, kita still akan rasa happy..... sangat best.... dari pengalaman aku la....




p/s: kalau nak happy senang jer.... tu semua atas diri masing2........

Saturday, 24 March 2012

Tempahan Felt Craft

salam....
fuh,, sjak 2 menjak ni asyik sibuk jer,, sibuk siapkn tempahan customer ntuk felt craft ni...
macam2 yang diorang tempah... sampai x sempat nak buat....
Tp InsyaALLAH leh siapkan....

Felt craft tu ape? haha... ramai gak yang x tau....
aku nak xplain pon x pandai... so tgok je la cntoh2 gmbar kat bwah ni:

keychain mickey n minnie mouse.... RM5/ pcs


keychain/ hp charm.. couple... RM5/pcs



Keychain/ hp charm... nama... RM5/pcs



keychain/ hp charm.... star: RM4/pcs, Angry bird: RM4.5/pcs


Keronsang bunga.... RM3/pcs



keychain/hp charm.... car: RM4/pcs, Butterfly: RM4/pcs, Flower: RM4/pcs
Siput Gary: RM5/pcs


Hair Clip.... Black n pink: RM2/pcs... With name: RM3/pcs

Domo-kun: RM5/pcs



Broadband/ Pendrive case: RM 4/pcs



Car Charm... RM10/pcs



Hp case: RM12  with hp charm: RM14



keychain/ hp charm.... All four pattern: RM4/pcs



Coin purse....limited.... RM8/ pcs


stoking baby with angry bird.... RM10 spasang...

stoking baby with angry bird.... RM10 spasang... 



headband baby... RM10/pcs


so, pada yang berkenan nak tempah benda2 ni... leh la PM kat facebook ku......
....green green grass....

p/s: Dimana ada kmahuan di situ ada highway.... huhu

Tuesday, 6 March 2012

Where i must goooo????

salam....
aku masih lagi penganggur.. Joblesss...
macam mana dengan hidup2 mendatang? (nobody can predict the future) tp aku tnye gak....
ke mana arah tujuku??
Apa aku nak buat??
Soalan2 ini sering menganggu benakku.....

YA ALLAH, tolonglah hambaMU ini menempuh hidup ini dengan arah tuju yang betul yang tidak tersesat di jalanMU....

Aku ingin membalas jasa mereka... aku ingin berbudi kepada mereka...
...............................MOM & DAD........................

p/s: Aku berserah padamu TUHAN ku......